Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tehran berkemungkinan menarik diri daripada menandatangani perjanjian nuklear sekiranya Amerika Syarikat (AS) terlebih dahulu menarik diri daripada pakatan yang dibentuk pada 2015.
Duta Iran ke Britain, Hamid Baeidinejad, berkata negaranya sedia untuk kembali kepada keadaan sebelum ini susulan ancaman Presiden Donald Trump untuk membatalkan perjanjian yang dimeterai antara Tehran dan Amerika Syarikat, Russia, China, Britain, Perancis serta Jerman.
"Apabila Amerika Syarikat keluar dari perjanjian ini, ia bermakna tiada lagi perjanjian.
"Ini kerana, pihak yang mempunyai kepentingan sudah membatalkannya dan dengan jelas melanggar perjanjian itu," katanya.
Washington mempunyai tempoh sehingga 12 Mei ini, untuk memperbaharui sokongannya terhadap perjanjian yang bakal menguatkuasakan sekatan lebih ketat terhadap program nuklear Iran, sebagai balasan kepada pelepasan sekatan ekonomi. - AFP
3 Mei 2018 - 14:17
News ID: 891892
Tehran berkemungkinan menarik diri daripada menandatangani perjanjian nuklear sekiranya Amerika Syarikat (AS) terlebih dahulu menarik diri daripada pakatan yang dibentuk pada 2015.